Tuesday, February 23, 2010

~ BERJALAN KAKI BERSAMA GROUP HMT 329~

Pada 12 Februari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat, saya dan semua pelajar HMT 329 bersama Dr. Radiah Yusoff telah melakukan satu ekspedisi iaitu ekspedisi berjalan kaki. Pada mulanya, perasaan teruja itu tidak ada langsung. Tetapi lama- kelamaan perasaan teruja etrsebut mula datang. Sebenarnya, kami bukan berjalan kosong sahaja, tetapi kami didedahkan dengan penggunaan bahasa yang di gunakan pada papan tanda, iklan bangunan, nama tempat, nama jalan dan sebagainya. Setersusnya kami bergerak ke Pasar Lip Sin. Pasar Lip Sin ini menarik seperti pasar-pasar di tempat lain. Namun, saya boleh katakan majority adalah terdiri daripada orang cina. Namun ada juga kaum lain yang turut serta ke Pasar Lip Sin ini antaranya ialah orang Melayu. Bagi saya, ia tidak menghairankan kerana barangan yang dijual tidak tertumpu kepada kaum cina sahaja, macam-macam barangan yang boleh didapati di Pasar Lip Sin ini. Jadi, semua orang tidak kira agama dan bangsa boleh pergi ke pasar ini kerana barangan yang dijual memenuhi semua kehendak kaum. Berbalik kepada analisis terhadap papan tanda. Di Pasar Lip Sin juga didapati dalam setiap papan tanda terdapat sekurang-kurangnya dua bahasa yang digunakan. Papan tanda yang paling baik bagi saya ilah papan tanda yang menggunakan tiga bahasa iaitu bahas Melayu, Cina dan Inggeris. Dengan penggunaan ketiga-tiga bahasa ini secara tidak langsung promosi terhadap kedai tersebut adalah lebih baik kerana semua oaring akan dapat mengetahui kehadiran kedai tersebut. Semasa perjalanan kami banyak menangkap gambar papan tanda, nama jalan, bangunan dan banyak lagi. Banyak papan tanda yang dijumpai memperlihatkan penggunaan bahasa yang pelbagai. Di Penang, saya mendapati setiap papan tanda mempunyai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Cina atau bahasa Cina dengan bahasa Inggeris. Sengao contohnya kedai ubat Seng menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina. Ada juga yang menggunakan ketiga-tiga bahasa iaitu seperti Rumah Orang Tua Jubilee Perak. Berbeza dengan papan tanda di tempat tinggal saya, kebanyakkan hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan majority penduduk di kampong saya adalah Melayu dan hqal ini berbeza di Penang.
Selain itu saya sempat juga menangkap gambar yang menunjukkan konsep grafitti di tempat-tempat tertentu. Sebagai contohnya, di pondok telefon awam yang tertera “ free for love 016-4876892 Dev-boy call now Girl only ”. Ini merupakan salah satu gejala yang tidak sihat. Kepada remaja di luar sana jangan tiru aksi ini okay!.